Keadaan Ustaz Kazim Bertambah Baik, Dijangka Keluar Hospital Esok

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 4:35 PM

Pendakwah bebas, Ustaz Mohammad Kazim Elias semasa sidang media sebelum berceramah pada Malam Ceramah Maal Hijrah bertajuk 'Hijrah' di Taman Kejiranan Air Panas, Kuala Lumpur, malam Sabtu. -fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)

IPOH: Pendakwah Datuk Mohd Kazim Elias yang kini tahap kesihatannya bertambah baik susulan rawatan angiogram di Hospital Pakar KPJ, di sini Rabu lepas, dijangka keluar dari hospital pada Sabtu.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh abangnya Datuk Mohd Najmuddin Elias sambil berkata ia berdasarkan kepada perkembangan positif kesihatan Mohd Kazim selepas menerima rawatan itu.

"Selepas hampir 40 jam menerima rawatan angiogram, pagi ini dia mula diajar berjalan untuk mengaktifkan gerakan jantung dengan bantuan isteri dan petugas Pusat Islam Al-Barakah. Dia mengadu penat dan doktor menyatakan bahawa untuk peringkat awal memang begitu.

Doktor beri tempoh tiga bulan untuk rehat sepenuhnya dan kemudian boleh kembali aktif tetapi terbatas. Sekarang ini dia dinasihatkan supaya tidak banyak bercakap, tidak banyak bergerak," katanya kepada pemberita di Pusat Islam Al-Barakah yang dikendalikan Mohd Kazim di sini, Jumaat.

Katanya perkembangan positif kesihatan Mohd Kazim juga adalah berkat doa, bacaan yasin dan solat hajat yang dilakukan peminatnya termasuk pelajar di pusat berkenaan.

Mohd Najmuddin juga menceritakan kesedihan adiknya ketika menonton Forum Perdana malam tadi yang menyaksikan Mohd Kazim menyampaikan ceramah di sebuah rancangan televisyen pada dua tahun lepas. 

"Beliau mengalirkan air mata apabila melihatnya dalam televisyen itu dan beliau rindu kepada peminatnya. Perasaan itu timbul kerana beliau mahu aktif semula berceramah setelah berada dalam wad hampir 10 hari," katanya.

Mohd Najmuddin juga menjelaskan bahawa berita mengenai kesihatan Mohd Kazim yang sering keluar di dada akhbar bukan untuk mencari publisiti, malah ia adalah permintaan peminat yang ingin tahu perkembangan adiknya.

"Ada pihak menyatakan bahawa cerita mengenai Ustaz Kazim ini sering keluar dalam surat khabar. Kita bukan mahu publisiti tetapi peminat ingin tahu perkembangan Ustaz Kazim kerana mereka tidak dibenarkan menziarahi Ustaz Kazim dalam waktu terdekat ini," katanya.

Katanya mereka yang ingin mengikuti perkembangan kesihatan Ustaz Kazim juga boleh layari Facebook Ustaz Dato' Haji Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz atau layari www.facebook.com/ustazmohdkazim.

Selain itu, Mohd Najmuddin berkata beliau akan menggantikan tempat Mohd Kazim pada majlis ceramah sempena Program Penternak dan Peladang peringkat negeri anjuran Kerajaan Negeri Melaka di Sungai Rambai pada 3 Mac ini.

"Ini merupakan program pertama yang saya ganti beliau sepanjang beliau sakit. Di situ saya juga akan memberitahu orang ramai mengenai perkembangan terkini Ustaz Kazim," katanya.

Beliau juga akan menggantikan tempat adiknya pada Kuliyah Umum yang diadakan selama satu jam setiap hari di Pusat Islam Al-Barakah.

Mohd Kazim menjalani rawatan kedua itu susulan nasihat doktor pakar kerana saluran kedua jantung pendakwah itu sudah 99 peratus tertutup dan saluran ketiga pula tertutup 50 peratus.

Beliau dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bator, Bachok kira-kira 9.30 malam Jumaat lepas.-- Bernama


iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan