Gantung Muhyiddin Bukti Umno Pertahan Perlembagaan - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 8:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden memperlihatkan ketegasan kepimpinan mempertahankan Perlembagaan parti itu.

Ahli MT Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kekuatan sesebuah parti politik seperti Umno perlu didokong oleh disiplin yang tinggi dikalangan ahlinya.

"Hari ini Umno telah menunjukkan kekuatannya bahawa ini adalah parti yang berdasarkan kepada Perlembagaan,  disiplin yang menjadi tonggak kepada mana-mana parti.

"It's a good day for Umno. Sebab inilah yang perlu kita lakukan. Kita ada masa lagi dua tahun untuk bekerja kuat memperkasakan parti dan yang paling penting ialah disiplin," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

Terdahulu MT Umno sebulat suara menggantung jawatan Muhyiddin sehingga pemilihan parti akan datang yang dijadual diadakan pada 2018.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan