Selangor Hot Spot Denggi

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 9:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selangor merekodkan lokaliti aktif atau hot spot denggi tertinggi di negara ini.

Sebanyak 174 atau 64 peratus daripada 274 lokaliti aktif di seluruh negara  sehingga 20 Februari lalu adalah di negeri itu.

Ini diikuti Johor (66), Terengganu (10), Pulau Pinang (tujuh), Sabah (enam), Putrajaya, Kuala Lumpur dan Perak (masing-masing empat), Negeri Sembilan (dua) dan Sarawak (satu), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam blognya.

Sementara itu, mengikut laman sesawang kementerian itu, iDengue, antara kawasan hot spot di Selangor ialah di daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Gombak.

Mengulas perkara itu, Ketua Sektor Bawaan Vektor Kementerian Kesihatan, Dr Rose Nani Mudin, berkata Selangor mempunyai lokaliti aktif terbanyak kerana didorong kepadatan penduduk dan kegagalan menjaga kebersihan di tempat-tempat  risiko termasuk kawasan kediaman, tapak binaan dan kawasan tumpuan awam seperti taman rekreasi.

Sementara itu di GEORGE TOWN, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan Pulau Pinang Dr Afif Bahardin berkata sistem penggredan rumah akan dilaksanakan bagi mengenal pasti kediaman yang menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.

"Rumah yang didapati tiada tempat pembiakan jentik-jentik akan diberi gred A, gred B bagi yang ada satu tempat pembiakan manakala gred C untuk yang ada dua tempat pembiakan jentik-jentik.

"Bagi rumah yang mempunyai lebih daripada dua tempat pembiakan jentik-jentik akan diberi gred D dan gred E bagi rumah yang didapati ada jentik-jentik peringkat pupa," katanya pada sidang akhbar, Jumaat.

Dr Afif berkata kerajaan negeri juga telah melakukan pelbagai inisiatif antaranya mengadakan taklimat untuk semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), di samping akan melibatkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan askar untuk membantu mencegah denggi.

"Koordinasi akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan negeri yang akan melibatkan usaha, promosi serta pemeriksaan berkala dari rumah ke rumah dan juga taman-taman," katanya.

Tags / Kata Kunci: Denggi

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan