Banjir Sarawak: 1,005 Mangsa Masih Di Pusat Pemindahan - Berita Semasa | mStar

Banjir Sarawak: 1,005 Mangsa Masih Di Pusat Pemindahan

Diterbitkan: Jumaat, 26 Februari 2016 12:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sejumlah 1,005 mangsa banjir daripada 341 keluarga masih berlindung di empat pusat pemindahan (PP) sementara di daerah Serian, kira-kira 40 kilometer dari sini, setakat 8 pagi Jumaat.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaiman Ibrahim berkata jumlah berkenaan menunjukkan sedikit penurunan berbanding 1,043 mangsa daripada 345 keluarga, setakat 8 malam Khamis.

Beliau berkata PP yang masih beroperasi ialah PP Dewan Masyarakat Serian, PP Balai Raya Slabi Entungkuh, PP Dewan Masyarakat Gedong dan PP Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh.

Menurutnya jumlah mangsa banjir dijangka berkurangan hari ini ekoran keadaan cuaca yang semakin baik di daerah berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Sarawak , Banjir
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan