Umno Pagoh: Kami Bersama Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 6:51 PM

Ismail Mohamed (dua dari kiri) bersama Muhyiddin pada hari penamaan calon PRU-13 yang lalu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Umno Bahagian Pagoh akan mempertahankan ketuanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada apa-apa tindakan yang mungkin akan diambil dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada Jumaat.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed berkata, ia akan menjadi satu kehilangan besar untuk Johor jika bahagian ini kehilangan seorang pemimpin berpengaruh.

"Kami faham bahawa Umno kini milik eksklusif kepada Majlis Tertinggi dan suara-suara akar umbi tidak lagi relevan.

"Mereka boleh buat apa sahaja tetapi jangan lupa bahawa apa sahaja yang mereka lakukan sekarang, mereka akan dihukum oleh generasi akan datang," kata Ismail kepada The Star pada Khamis.

Ismail berkata anggota bahagian itu masih sayangkan Umno kerana parti itu dilahirkan di Johor.

"Mereka yang berada dalam Majlis Tertinggi yang bukan dari Johor mungkin tidak sekuat kita dan kita akan berdiri bersama-sama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin," katanya.

The Star melaporkan bahawa Muhyiddin akan mungkin digantung sebagai timbalan presiden pada hari Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Muhyiddin Yassin , Umno

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan