Sah! Restoran Stimbot Beroperasi Layan Diri Kenakan Caj Perkhidmatan

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 8:34 AM

Pengawai penguat kuasa KPDNKK Selangor sedang membuat semakan mengenai senarai harga bersama penyelia restoran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sah! Sebuah restoran stimbot di Damansara dekat sini beroperasi secara layan diri tetapi mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Pemeriksaan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor mengesahkan tindakan premis berkenaan pada Rabu.

Pengarahnya, Abdul Rosik Yakub berkata, premis tersebut hanya menjalankan sebahagian operasi secara layan diri pada waktu tertentu kerana ia turut menawarkan hidangan ‘ala carte’ yang memerlukan khidmat pekerja melayan pelanggan.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan peruntukan sedia ada, pemeriksaan penguatkuasaan merujuk kepada notis caj perkhidmatan yang dipamerkan di premis.

“Kita dapati premis berkenaan tidak mematuhi  tanda caj perkhidmatan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2015.

“Kita akan ambil tindakan terhadap premis itu kerana tidak ikut spesifikasi notis berkenaan,” katanya kepada mStar Online sambil menambah bahawa pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut ke atas premis terbabit.

Dua pegawai penguat kuasa KPDNKK menunjukkan notis caj perkhidmatan (kanan) yang tidak memenuhi spesifikasi manakala notis (kiri) mengikut Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan Bagi Hotel dan Restoran) 2015.

Operasi penguatkuasaan KPDNKK Selangor ke atas premis tersebut susulan laporan mStar Online pada pagi Rabu yang mendedahkan restoran stimbot itu beroperasi secara layan diri tetapi mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Peraturan KPDNKK melarang premis yang beroperasi secara layan diri mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Operasi yang diadakan pada kira-kira pukul 1 tengah hari itu membabitkan empat pegawai penguat kuasa KPDNKK Selangor.

Abdul Rosik berkata, pegawai penguat kuasa telah mengarahkan premis berkenaan mengubah notis caj perkhidmatan mengikut Perintah Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (Penandaan Caj Perkhidmatan Bagi Hotel dan Restoran) 2015.

Tambahnya, premis tersebut turut dinasihatkan untuk memaparkan notis berkenaan di hadapan premis secara kekal berbanding sebelum ini hanya diletakkan kaunter, di dalam bekas mudah alih.

“Kita memberi penerangan berkaitan caj perkhidmatan terutama notis caj berkenaan supaya ia tidak mengelirukan pengguna,” ujar Abdul Rosik.

Sebanyak 2,532 premis makanan telah diperiksa pihak berkuasa melibatkan peraturan mempamerkan notis caj perkhidmatan sejak tahun lalu hingga 17 Februari ini.

mStar Online pada Selasa melaporkan ribuan premis makanan termasuk hotel bakal berdepan tindakan tegas kerana didapati menyalahgunakan notis caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan kepada pelanggan.

Pengusaha premis terlibat didapati mengelirukan pengguna kerana bertindak mengenakan caj berkenaan walaupun tidak memenuhi syarat untuk berbuat demikian.

KPDNKK kini dalam proses merangka peraturan baharu bagi mengenakan tindakan terhadap semua premis terlibat mengikut pindaan Akta Perlindungan Pengguna.

Tags / Kata Kunci: stimboat , KPDNKK , caj perkhidmatan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan