Politik Semasa Tak Pengaruhi Tempoh Kempen Pilihan Raya - SPR

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 9:30 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Situasi politik semasa bukan faktor yang menentukan tempoh berkempen bagi setiap pilihan raya, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Memberi contoh terdekat iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11, beliau yang baru dilantik ke jawatan berkenaan bulan lalu berkata, tempoh berkempen diputuskan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan.

Sehubungan itu, beliau menolak tanggapan kononnya jumlah hari berkempen ditentukan mengikut situasi politik semasa yang akan memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

"Tidak (tiada kaitan dengan situasi politik), kita tak involve (terlibat) dengan politik," katanya ketika temubual bersama mStar Online di pejabatnya baru-baru ini.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai bagaimana SPR menentukan tempoh berkempen, Mohd Hashim berkata, ia bergantung kepada tarikh pembubaran DUN Sarawak nanti.

"Sebaik sahaja DUN dibubarkan, kami akan mula melaksanakan tugas. Selagi DUN tak bubar, hanya persepsi.

"Kita tak boleh nak agak bila atau jumlah yang sesuai untuk berkempen. Ada 11 hari dan ada juga 12 hari," katanya.

Tambah Mohd Hashim lagi, suruhanjaya itu mempunyai masa sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk menentukan tarikh penamaan calon, pengundian dan tempoh berkempen.

Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencadangkan supaya PRN Sarawak diadakan pada April ini iaitu 18 April sebagai hari penamaan calon manakala 30 April bagi pengundian memilih 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Tags / Kata Kunci: Mohd Hashim Abdullah , SPR , PRN Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan