Penarikan Balik Coklat Keluaran Mars Tidak Libatkan Produk Dijual Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 11:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penarikan balik produk coklat Mars, Snickers, Milky Way dan Celebration yang dikilangkan di Belanda oleh syarikat Mars Chocolate, tidak melibatkan produk yang dijual di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata syarikat MARS Malaysia mengesahkan produk yang dijual di Malaysia diimport dari China, Australia dan Amerika Syarikat.

"Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan daripada beberapa media tempatan dan luar negara pada 24 dan 25 Februari mengenai syarikat Mars Chocolate yang telah menarik balik coklat jenama yang dikilang di Belanda.

"Ia sebagai langkah berjaga-jaga susulan penemuan kepingan plastik di dalam coklat jenama SNICKERS oleh seorang pembeli di Jerman pada 8 Januari lalu.

"Bagaimanapun, hanya produk yang dikilang pada tarikh antara 5 Disember 2015 sehingga 18 Januari tahun ini dan dilabel 'Mars Netherland' terlibat," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis malam.

Dr Noor Hisham berkata Kedutaan Belanda di Malaysia juga memaklumkan semua produk terbabit yang dieksport telah ditarik balik oleh pihak syarikat manakala penarikan balik produk itu di pasaran tempatan Belanda sedang dijalankan.

Katanya kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Justeru, sekiranya orang ramai mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq, katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan