Musa Hitam 'Kegagalan Pertama' Saya - Tun M

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 5:00 PM

Musa Hitam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilabel sebagai 'kegagalan pertama' Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang era pemerintahannya selama 22 tahun selaku Perdana Menteri negara ini.

Akui Dr Mahathir, beliau gagal melatih pemimpin di semua peringkat, termasuk Musa sendiri yang dianggap teman rapatnya dalam politik.

"Teman baik dan rakan sekerja saya, Tun Musa Hitam menyalahkan saya kerana gagal untuk mencapai Wawasan 2020. Semuanya kerana saya gagal untuk melatih pengganti di semua peringkat.

"Kegagalan saya yang pertama ialah Tun Musa Hitam sendiri. Beliau tidak boleh tunggu sehingga saya bersara. Jadi beliau letak jawatan selepas lima tahun berada bersama saya sebagai timbalan," katanya menerusi kenyataan di blog chedet.cc pada Khamis.

Sebelum ini, Musa meramalkan Wawasan 2020 akan gagal dan menyalahkan Dr Mahathir kerana perdana menteri lebih dua dekad itu lupa jika Wawasan 2020 mahu dijayakan beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat terutamanya pemimpin politik.

Selain itu menerusi posting terkini itu, Dr Mahathir juga secara sinis berterima kasih kepada Musa kerana menyalahkannya berhubung kegagalan Wawasan 2020 yang diilhamkan beliau sendiri.

"Kepada Musa, terima kasih banyak-banyak kerana menyalahkan saya menjadi punca kegagalan Wawasan 2020. Anda mesti sudah tahu mengenai perkara ini pada 1986, iaitu sebelum Wawasan 2020 diperkenalkan lagi.

"Ia semestinya didorong oleh pandangan jauh anda ketika itu yang menyebabkan anda meletakkan jawatan daripada kerajaan yang saya terajui. Jadi tiada siapa yang boleh menyalahkan anda. Perkhidmatan anda kepada saya dan negara akan berada dalam sejarah," kata Dr Mahathir.

Mengimbau kembali ketika era pemerintahannya, Dr Mahathir berkata, beliau melantik pemimpin yang bukan sahaja di kalangan penyokong setianya dalam kerajaan.

Menurut Dr Mahathir beliau percaya mengenai konsep kepimpinan melalui teladan.

"Pada pemilihan Umno, beliau (Musa) memujuk musuhnya, Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan presiden menentang saya. Beliau bersedia untuk menjadi timbalan presiden dan timbalan perdana menteri di bawah Tengku Razaleigh dan bukan di bawah saya.

"Beliau lakukan begitu kepada saya. Walaupun saya terlepas pandang niat jahatnya, beliau dilantik sebagai Duta Khas ke PBB bertaraf menteri," katanya.

Selain itu, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk tidak melatih mana-mana pemimpin bagi meneruskan agenda Wawasan 2020.

"Dalam pemilihan jawatan presiden, (Tan Sri) Syed Hamid Albar, (Tan Sri) Abdul Kadir Sheikh Fadzir, (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan (Tan Sri) Rais Yatim berpihak dengan Tengku Razaleigh.

"Saya dan Ghafar Baba menang. Kemudian saya melantik semua orang-orang yang tidak setia kepada saya sebagai menteri dalam kabinet saya. Salah seorang daripada mereka, Tun Abdullah yang akhirnya dinamakan pengganti saya sebagai Perdana Menteri. Tidak hanya memilih penyokong setia, saya memilih orang-orang yang tidak setia kepada saya.

"Saya tidak melatih sesiapa, supaya mereka dapat menjayakan Wawasan 2020. Saya mesti telah menunjukkan contoh yang tidak baik kerana mereka yang berjaya, semuanya gagal menjayakan Wawasan 2020. Jadi sayalah orang yang perlu dipersalahkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Musa Hitam , Dr Mahathir Mohamad

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan