Chef Pekak, Bisu Taruhan Malaysia Di Perancis

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 3:07 PM

Yap Hee Heng dan Muhamad Saifuddin bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh selepas diumum sebagai pemenang pertandingan Abilympics peringkat kebangsaan.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua pelajar pendidikan khas Kolej Komuniti Selayang akan menjadi taruhan Malaysia dalam pertandingan Abilympics Antarabangsa dalam bidang masakan di Bordeux, Perancis bulan depan.

Yap Hee Heng, 21, dan Muhamad Safiuddin Rosli, 23, daripada kategori pekak dan bisu akan bersaing dengan peserta dari 55 buah negara untuk menyiapkan dan menghidang masakan Perancis di pertandingan selama lima hari mulai 23 Mac.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md Noor berkata ia merupakan kali pertama Malaysia menghantar dua pelajar orang kurang upaya (OKU) bagi kategori masakan sejak 35 tahun penganjuran pertandingan berkenaan.

"Ia merupakan pertandingan kemahiran vokasional peringkat antarabangsa yangt diadakan empat tahun sekali khusus bagi OKU, bagi mengubah persepsi masyarakat mengenai potensi dan kebolehan kumpulan ini," katanya ketika memperkenalkan wakil Malaysia itu.

Abilympics Antarabangsa merupakan pertandingan kemahiran khusus bagi OKU  untuk meningkatkan kemahiran golongan berkenaan dan menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti sosioekonomi.

Ia pertama kali diadakan di Jepun pada 1981 dengan mempertandingan 42 kategori yang disertai 55 negara.

Sepanjang di Perancis, Yap dan Muhamad Safiuddin akan ditemani seorang pegawai pengiring Asfarul Azwan Haris yang merupakan seorang pensyarah pendidikan khas.

Menurut Asfarul Azwan, pihak penganjur sudah memaklumkan mengenai bahan  yang akan disediakan peserta yang perlu memasak tiga jenis masakan iaitu hidangan utama, pembuka selera dan pencuci mulut.

"Hampir setiap hari kedua-duanya berlatih untuk menyediakan ketiga-tiga hidangan itu dengan bantuan pensyarah mereka," katanya.

Asfarul yang berinteraksi dengan Yap dan Muhamad Safiuddin melalui bahasa isyarat memaklumkan bahawa dua wakil Malaysia itu menyatakan bahawa mereka cukup bersedia untuk bertanding serta merasa bangga dan bertuah kerana terpilih untuk mewakili negara.

"Tidak sangka terpilih, rasa bangga dan bersyukur. Ini peluang untuk menunjukkan bakat kami. Kami bersedia untuk bertanding walaupun sedikit gementar," kata Asfarul yang menterjemahkan bahasa isyarat Yap dan Muhamad Safiuddin.-- Bernama 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan