Cadangan Gantung Keanggotaan Muhyiddin Perlu Lalui Lembaga Disiplin Umno

Diterbitkan: Khamis, 25 Februari 2016 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebarang cadangan menggantung keanggotaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) perlu melalui Lembaga Disiplin parti, kata anggota MT Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman berkata ia adalah proses biasa bagi mana-mana parti untuk merujuk kepada Lembaga Disiplin sekiranya berlaku sebarang kes berkaitan disiplin.

"Sebarang kes disiplin akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin dan mereka akan siasat sebelum memberikan cadangan apa tindakan yang akan diambil. (Oleh itu) keputusan berhubung Muhyiddin tidak akan dibuat pada mesyuarat Majlis MT Jumaat ini.

"Kalau ada cadangan untuk ambil tindakan kena lalui proses siasatan oleh Lembaga Disiplin. Saya harap Lembaga Disiplin akan berlaku adil," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Makmal Pengurusan Sisa Pepejal Negara, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada MT berkuasa menggantung keanggotaan Muhyiddin yang semakin terbuka mengkritik kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata Muhyiddin perlu memahami cabaran yang dihadapi parti pada masa kini dan menjalin kerjasama baik dengan Presiden parti demi kelangsungan Umno untuk generasi akan datang.

"Kami (anggota MT) harap Muhyiddin tidak kritik Najib secara terbuka. Kami mahu Muhyiddin dan Najib berbaik-baik dan bekerjasama," katanya yang juga anggota Parlimen Kota Belud.

Isnin lepas, anggota MT Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta Muhyiddin meletak jawatan dalam parti jika beliau tidak dapat lagi menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Tags / Kata Kunci: Umno , Abdul Rahman Dahlan , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan