Penarafan Fitch Bukti Keyakinan Masyarakat Luar Kepada Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 1:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengesahan penarafan Fitch Ratings terhadap Malaysia semalam merupakan bukti jelas keyakinan masyarakat antarabangsa ke atas asas ekonomi dan kedudukan kewangan negara, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata penarafan yang baik oleh agensi penarafan antarabangsa itu turut mengiktiraf dasar dan kemampuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengendalikan ekonomi negara.

"Tidak sampai pun sebulan pengubahsuaian Bajet 2016 diumumkan oleh Najib, tindakan itu telah diakui betul oleh Fitch, sekaligus menggambarkan pandangan jauh beliau menguruskan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Fitch Ratings mengesahkan Penarafan Kemungkaran Penerbit (IDR) mata wang asing dan tempatan jangka panjang Malaysia masing-masing 'A-' dan 'A' dengan unjuran stabil.

Pada 28 Januari, Najib mengumumkan 11 langkah penstrukturan dan pengubahsuaian Bajet 2016 demi memastikan ekonomi dan kewangan negara kekal berada pada jajaran yang betul.

Kerajaan akan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi kerana situasi ekonomi global dan penurunan harga minyak mentah yang memberi kesan kepada hasil negara.

Tags / Kata Kunci: Umno , Fitch

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan