Premis Layan Diri Dikesan Salah Guna Caj Perkhidmatan

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 8:10 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beroperasi secara layan diri tetapi mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan. Itulah yang berlaku di sebuah restoran di Damansara, dekat sini.

Peraturan semasa pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melarang premis yang melaksanakan layan diri mengenakan caj perkhidmatan kepada pelanggan.

Bagaimanapun di restoran terlibat, bermula dari mengambil makanan dan minuman - pembuka selera, hidangan utama, hidangan sampingan sehinggalah ke pencuci mulut, semuanya perlu dilakukan sendiri oleh pelanggan.

Bukan sekadar makanan, kelengkapan untuk menjamu selera pun diambil sendiri, seperti pinggan, piring, mangkuk, sudu, garpu dan gelas.

Mungkin tidak jelas maksud sebenar layan diri bagi pengusaha premis itu, barangkali konsep jualan makanan iaitu stimbot ala bufet terutama untuk makan tengah hari dan malam, maka kononnya kaedah layan diri diperkenalkan.

Berdasarkan pemantauan, pekerjanya hanya akan ke meja pelanggan untuk mengisi kuah beraneka pilihan seperti tom yam atau sup untuk dipanaskan di dalam periuk.

Pelanggan kemudiannya akan memasak sendiri makanan mentah seperti ayam, daging, sayur dan makanan laut, yang diambil dari rak makanan.

Resit yang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus.

Senario yang diketengahkan ini susulan tinjauan mStar Online berikutan aduan pengguna yang juga pelanggan di restoran yang beroperasi di pusat membeli-belah ini.

Ketika wakil mStar Online memanggil pekerja untuk bertanyakan cara memanaskan makanan, salah seorang pekerja datang ke meja dan hanya menunding jari ke arah periuk berisi kuah yang sedang panas tanpa melakukan demonstrasi.

Kehadiran pekerja yang bekerja acuh tak acuh itu tidak membantu walaupun sepatutnya memberi tunjuk ajar untuk keselesaan pelanggan, sesuai dengan konsep layan diri.

Tidak seperti di kebanyakan hotel, kakitangan restoran akan mengambil pinggan kosong yang sudah digunakan di atas meja, bagi membolehkan pelanggan mengambil pinggan baharu untuk menikmati hidangan lain.

Restoran makanan Jepun yang memerlukan pelanggan mengambil sendiri piring berisi sushi pun mempunyai pekerja yang akan datang mengangkat piring yang telah digunakan tanpa perlu diminta berbuat demikian.

Keadaan tidak selesa ini terpaksa dihadapi pelanggan dengan bebanan caj perkhidmatan sebanyak 10 peratus, selain cukai barang dan perkhidmatan  (GST) enam peratus.

Pemantauan juga mendapati tiada notis caj perkhidmatan dipamerkan di hadapan premis, melainkan notis berhubung caj berkenaan dan GST yang diletakkan di atas kaunter bayaran.

Bagaimanapun, notis caj perkhidmatan itu tidak ditampal atau digantung tetapi dipaparkan di dalam bekas yang boleh diletakkan secara mudah alih, membolehkan ia diubah pada bila-bila masa.

Apabila ditanya hal berkaitan caj perkhidmatan yang dikenakan jawapannya mudah: "Ia telah ditetapkan syarikat."

Notis caj perkhidmatan di kaunter bayaran restoran.

Restoran berkenaan juga mengenakan caj sebanyak RM10 bagi setiap 100 gram makanan yang tidak dihabiskan pelanggan.

Ini bermakna terdapat penambahan caj termasuk caj perkhidmatan 10 peratus, selain caj makanan dan GST.

Sehubungan itu, pihak KPDNKK telah dirujuk dan mStar Online menunggu maklum balas mengenainya.

Tahun lalu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad mengumumkan caj perkhidmatan tidak boleh dikenakan terhadap premis yang menggunakan konsep layan diri.

Beliau berkata, kenapa perlu dikenakan caj perkhidmatan sekiranya perkhidmatan itu adalah layan diri dan tiada layanan di meja.

mStar Online pada Selasa melaporkan ribuan premis makanan termasuk hotel bakal berdepan tindakan tegas kerana didapati menyalahgunakan notis caj perkhidmatan 10 peratus yang dikenakan kepada pelanggan.

Pengusaha premis terlibat didapati mengelirukan pengguna kerana bertindak mengenakan caj berkenaan walaupun tidak memenuhi syarat untuk berbuat demikian.

Tags / Kata Kunci: KPDNKK , caj perkhidmatan

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan