Dr M Akan Hadir Perhimpunan Desak Najib Undur Jika Dijemput

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menghadiri perhimpunan bertujuan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan pada 27 Mac depan sekiranya menerima jemputan.

"Jika dijemput, saya akan pergi," katanya pada Rabu berhubung perhimpunan yang dirancang bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

Sebelum ini Zaid menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadual pada 27 Mac itu adalah perjumpaan tertutup.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan