Cadangan Tutup Jalan Untuk Mat Rempit Berlumba Dibantah

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 9:45 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli politik kerajaan dan pembangkang membantah idea Menteri Wilayah Persekutuan untuk menutup jalan tertentu di ibu negara bagi membolehkan mat rempit berlumba.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, ia bukan satu idea yang pratikal.

"Saya tidak fikir ia satu idea yang baik untuk adakan perlumbaan mat rempit di bandar ini.

"Jika anda mahu melibatkan mereka, minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyewa litar perlumbaan sama ada di Batu Tiga, Shah Alam atau Sepang," katanya.

Johari yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, perlumbaan itu mengancam keselamatan awam dan membahayakan nyawa orang awam memandangkan mat rempit bukan pelumba profesional.

"Selain itu, saya tidak fikir syarikat insurans akan memberi perlindungan insurans kepada mereka," tambahnya.

Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Yew Teong Look berkata, DBKL perlu mengkaji cadangan itu secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan.

Beliau berkata, aspek keselamatan orang awam dan mat rempit seharusnya dipertimbangkan.

"Secara peribadi, saya fikir perlumbaan motor adalah berbahaya dan seharusnya tidak digalakkan," katanya.

Ahli Parlimen DAP-Cheras, Tan Kok Wai berkata, beliau membantah cadangan itu bagi menjaga keselamatan dan nyawa orang awam dan mat rempit.

Tambahnya, DBKL perlu memastikan jalan-jalan raya dalam keadaan baik sekiranya cadangan itu dibenarkan.

"Selain jalan berlubang, terdapat banyak penutup longkang hilang dan ia turut mengakibatkan bahaya.

"Adakah DBKL mahu menaik taraf kesemua kemudahan di jalan-jalan raya?

"Pengumuman itu menunjukkan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak mengkaji atau melihat dari perspektif yang lebih luas," tambahnya.

Ahli Parlimen PKR-Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Tee Kwong berkata, beliau membantah cadangan itu.

"Jika mereka mahu berlumba, pergi ke Sepang. Di sana ada litar lumba yang lengkap," katanya.

Tags / Kata Kunci: mat rempit

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan