Bangunan Baharu MITI Beri Tarikan Positif Kepada Pelabur - PM

Diterbitkan: Rabu, 24 Februari 2016 8:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bangunan baharu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menjadi tarikan positif kepada syarikat multinasional untuk merancakkan lagi kemasukan pelaburan mereka ke negara ini.

"Bangunan baharu bernilai RM342 juta setinggi 31 tingkat ini yang meliputi kawasan seluas tiga hektar (7.43 ekar) akan memberi gambaran yang sangat positif kepada CEO syarikat multinasional yang berbilion ringgit semasa mereka melawat ke sini," katanya.

Najib berkata MITI bertanggungjawab meneruskan perkembangan dari segi ekonomi makro dan menjamin kemasukan pelaburan ke dalam negara di samping memastikan peningkatan eksport Malaysia berterusan, terutamanya dari pihak swasta.

"MITI juga bertanggungjawab memastikan perusahaan kecil dan sederhana terus berkembang serta menjadikan Malaysia sebagai hab perdagangan antarabangsa," kata beliau dalam ucapan sempena majlis perasmian Menara MITI di Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Rabu.

Najib turut berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta kakitangannya kerana telah berjaya meletakkan suara Malaysia di dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

"Kita telah berjaya mencapai persetujuan perjanjian tersebut mengikut terma kita," kata beliau.

Pada 4 Februari lepas, 12 negara termasuk Malaysia telah menandatangani TPPA di Auckland, New Zealand.

Pakatan perdagangan tersebut dijangka dapat meluaskan pasaran, mengurangkan tarif dan mempromosi perdagangan yang lebih bebas.

Turut hadir pada majlis hari ini termasuk wakil-wakil sembilan agensi di bawah kementerian tersebut.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan