Sejarah Rafidah Dan Kritikannya Tak Beri Kesan Kepada Umno - Nazri

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 4:14 PM

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kritikan bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz tidak akan memberi kesan kepada kerajaan dan Umno, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

"Dia adalah ahli biasa dan kita adalah sebuah parti demokratik. Biarkan dia bercakap. Ia tidak akan memberi kesan kepada kita dalam apa jua cara," kata Nazri kepada The Star Online, Selasa.


Rafidah, sejak akhir-akhir ini banyak mengeluarkan kritikan terhadap fungsi Umno dan kerajaan.

Nazri berkata Rafidah, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 'adalah sejarah' dan Wanita Umno telah menolak beliau apabila mereka mengundi Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai ketua ketika pemilihan sayap pada tahun 2009.

Nazri berkata pada masa lalu beliau telah mempertahankan Rafidah.

"Terdapat banyak hipokrasi. Rakyat boleh melihat apabila mereka berada dalam kerajaan, mereka telah melakukan perkara-perkara yang jauh dari demokratik.

"Orang seperti kita terpaksa mempertahankan mereka. Kami telah dilatih untuk sentiasa menyokong pemimpin.

"Mereka hanya orang-orang tua yang mencari perhatian ... ia tidak mengganggu kita. Malah pembangkang pun tidak mahu menggunakan mereka kerana stigma negatif yang dikaitkan dengan mereka, " katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan