Rafizi Nasihat Guan Eng Dan Azmin Berhenti Bertelagah - Berita Semasa | mStar

Rafizi Nasihat Guan Eng Dan Azmin Berhenti Bertelagah

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dinasihatkan bertemu dan berbincang bagi menyelesaikan masalah yang wujud daripada bertelagah secara terbuka, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

"Apa saja perbezaan yang wujud antara mereka, kita perlu memikirkan sensitiviti orang ramai yang kecewa (dengan pertelingkahan ini).

"Saya fikir, lebih baik kita selesaikan secara tertutup dan saya percaya Guan Eng akan memberikan kami peluang untuk berbincang secara peribadi," katanya dalam sidang media pada Selasa.

Rafizi memberitahu, PKR akan menghantar surat rasmi kepada pejabat Guan Eng berikutan  keputusannya untuk memecat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Minggu lalu, Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bunga Cheah Kah Peng telah dikeluarkan sebagai pengarah daripada dua GLC Pulau Pinang selepas mereka bertindak berkecuali daripada mengundi usul penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional di Dewan Undangan Negeri.

Tags / Kata Kunci: PKR , DAP
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan