Hilang Lebih Dua Bulan Di Arab Saudi, Keluarga Yakin Nor Azimah Masih Hidup

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 8:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih dua bulan, hanya interaksi bersama wakil Malaysia di Arab Saudi secara konsisten menjadi antara penguat semangat dan motivasi kepada keluarga Nor Azimah Ibrahim bahawa mangsa yang hilang di negara itu masih hidup.

Bapa mangsa Ibrahim Abdul Rahman, 54, berkata wakil Malaysia yang berkomunikasi dengan polis di negara itu akan menghubunginya sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali bagi memaklumkan perkembangan mengenai pencarian anaknya itu.

"Saya tidak putus doa dan berharap dia (Nor Azimah) ditemui selamat dan kembali ke pangkuan keluarga di Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.

Bagaimanapun, katanya belum ada perkembangan positif setakat ini.

Ibrahim berkata anggota keluarganya juga tidak menerima sebarang panggilan daripada Nor Azimah sehingga kini.

Nor Azimah, 31, yang berasal dari Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, berlepas ke Tanah Suci bersama ibu bapanya untuk mengerjakan umrah pada 11 Disember lepas dan dijadual pulang ke Malaysia pada 22 Disember.

Beliau dilaporkan hilang pada 19 Disember.

Pada hari kejadian, wanita itu berada dalam keadaan tidak sihat dan tidak mengikut ibu bapanya melakukan ziarah sebelum dilapor hilang ketika berada di Masjid an-Nabawi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan