Bayu Air Akan Mohon Permit Dan Lesen Beroperasi Bulan Depan

Diterbitkan: Selasa, 23 Februari 2016 8:18 PM

Ketua Pengawai Eksekutif Bayu Air, Mohd Saifulrizal Raffien hadir ke pejabat Pengarah Penerbangan Awam, Selasa, untuk menjelaskan beberapa isu berkaitan Bayu Air. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bayu Air akan mengemukakan permohonan permit dan lesen untuk beroperasi sebagai syarikat penerbangan sewa khas kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada bulan depan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Saifulrizal Raffien.

Beliau berkata Bayu Air yang dimiliki syarikat bumiputera Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd, akan menghantar permohonan Permit Perkhidmatan Udara (ASP) dan Lesen Operasi Penerbangan (AOC) itu pada 14 Mac.

"Pasukan kami yang berpengalaman dalam permohonan ASP dan AOC sedang membuat persiapan. Kami akan sediakan dokumen yang lengkap untuk DCA," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Teradahulu, Mohd Saifulrizal mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman bagi menjelaskan prapelancaran Bayu Air dan sidang media pada 16 Feb lalu di Kuala Lumpur.

Bayu Air dilapor merancang memulakan operasi pada Ogos ini menggunakan tiga pesawat Boeing 777-200 dengan laluan utama ke Jeddah dan Madinah untuk destinasi umrah selain laluan pelancongan ke China.

Ahad lepas, Azharuddin memaklumkan DCA tidak menerima sebarang permohonan, sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi, daripada Bayu Air.

Azharuddin juga dilapor berkata pihaknya kesal dengan tindakan Bayu Air kerana membuat pengumuman berhubung permulaan operasi sebelum memohon dan mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa.

Mengulas perkara itu, Mohd Saifulrizal menjelaskan prapelancaran tersebut hanya satu majlis untuk memperkenalkan Bayu Air sebagai syarikat penerbangan sewa khas kepada agensi pelancongan dan media mengenai pelan cadangan operasi.

Beliau juga menegaskan bahawa Bayu Air tidak berniat melanggar peraturan 10 dan 17 Akta Penerbangan Awam atau membelakangkan mana-mana pihak yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan Malaysia.

"Pengurusan Bayu Air memohon maaf atas isu-isu yang berbangkit ini dan semua ini adalah atas kelemahan kami kerana tidak mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak DCA terlebih dahulu," katanya.

Mohd Saifulrizal berharap permohonan permit dan lesen untuk beroperasi itu berjalan lancar.

"Kami yakin dapat memperoleh permit dan lesen operasi untuk membolehkan kami beroperasi pada Ogos," katanya.
Tags / Kata Kunci: Bayu Air , DCA , Mohd Saifulrizal Raffien

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan