MRT: Tiga Jalan Ditutup

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 10:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penutupan sebahagian jalan secara sementara akan dibuat di Damansara dan Cheras mulai 24 Februari ini untuk kerja pembinaan MRT.

Jalan yang terlibat adalah Jalan Semantan, bulatan Taman Billion dan Jalan Cheras.

MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd dalam kenyataan pada Isnin berkata lorong paling kanan sepanjang 300 meter di Jalan Semantan, Lebuhraya SPRINT (arah Kuala Lumpur dan Petaling Jaya) akan ditutup selama 17 hari untuk kerja melebarkan jalan di situ.

"Laluan itu akan ditutup 24 jam dan semasa penutupan itu, dua lorong dibuka untuk pengguna dari kedua-dua hala," tambah kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga menyebut penutupan jangka panjang sebahagian laluan sepanjang 120 meter akan dibuat sehingga 1 April di Jalan Cheras menghala ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Ia membabitkan laluan dari Kajang berhampiran bulatan Taman Billion untuk kerja pembinaan laluan pandu MRT.

"Bagi laluan alternatif ke Jalan Cheras (arah KL), pengguna jalan raya dari Kajang dinasihatkan menggunakan bulatan Taman Billion untuk ke MRR2," tambah kenyataan itu.

Sementara itu, penutupan di Jalan Cheras adalah selama 63 hari iaitu sehingga 26 April yang menjejaskan pengguna yang menghala ke KL dan Kajang di Taman Midah dari pukul 11 malam hingga 5 pagi.

"Aliran trafik dari KL menuju ke Kajang akan dialihkan di jalan dalaman di stesen Petronas berhampiran Tanah Perkuburan Kristian dan keluar di Jalan Cheras melalui restoran McDonald sewaktu penutupan jalan itu.

"Pengguna dari Kajang menghala ke KL pula dialihkan ke jalan di bawah stesen MRT Taman Midah," tambah kenyataan itu.

Tags / Kata Kunci: MRT

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan