Polis Tidak Sedar Maklumat Ancaman Pengganas - KPN

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 11:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Amaran berjaga-jaga terhadap ancaman pengganas di Kuala Lumpur yang dikeluarkan kerajaan Australia dalam laman web rasminya perlu dirujuk dan dikongsi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata PDRM sepatutnya dimaklumkan mengenai perkara itu terlebih dahulu bagi mengelakkan imej Malaysia menjadi buruk selain menakutkan rakyat negara ini.

"Saya tidak mengetahui asas kerajaan Australia mengeluarkan kenyataan itu kerana jika mereka mengetahui sesuatu, sepatutnya mereka kongsi bersama kami.

"Ini kerana kami akan selalu kongsi apa sahaja maklumat atau keadaan keselamatan khususnya berkenaan kegiatan pengganas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di lapangan rondaan bersama PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Pavilion di sini pada Isnin.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

"Saya memberi jaminan kepada rakyat Malaysia dan pelancong asing bahawa keadaan di ibu kota masih selamat dan terkawal daripada mana-mana ancaman anasir luar," katanya.

Menurut kenyataan laman web rasmi Australia, rakyatnya diberi amaran berjaga-jaga dengan ancaman pengganas yang mungkin menyasarkan kawasan yang sering dikunjungi warga asing khususnya pelancong Barat.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tahap keselamatan di Sabah, Khalid berkata keadaan di negeri itu masih selamat.

"Kami tahu di sebelah Sabah sana khususnya di kawasan pantai timur masih ada lagi ancaman jenayah, maka PDRM dan ATM mengambil langkah proaktif dengan memastikan keselamatan di sana sentiasa terjamin," katanya.

Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , PDRM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan