Pindaan Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Dibentang Mac Ini - Berita Semasa | mStar

Pindaan Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Dibentang Mac Ini

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 7:46 AM

Jailani Johari (tengah) memasukkan replika kunci simbolik perasmian Dewan Perdana Zafran di Kompleks Desa pada Ahad malam. Turut hadir Pengerusi Dewan Perdana Zafran, A. Kohillan Pillay (kanan), dan Pengarah Urusan Zafran Event and Services, Mohd Ariff Mohd Shariff (kiri). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan pindaan Akta Komunikasi danMultimedia 1998 dijangka dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat, yang bermula 7 Mac depan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata pindaan itu yang bertujuan menambahbaik akta berkenaan, merangkumi beberapa perkara termasuk yang berkaitan hukuman dan penalti.

"Sekarang kalau kita lihat kadar hukuman hanya diletakkan dalam RM50,000 mungkin selepas ini kita tingkatkan sehingga RM500,000 atau lebih.

"Selain penalti, beberapa perkara lain juga turut disentuh terutamanya yang melibatkan pembangunan industri dan komunikasi multimedia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Perdana Zafran di sini, Ahad malam.

Hadir sama Pengerusi Dewan Perdana Zafran, Datuk A. Kohilan Pillay. Jailani berkata kajian mengenai pindaan akta berkenaan dibuat sejak Mac tahun lepas, melibatkan perbincangan dengan lebih 350 pemegang kepentingan termasuk pemain industri seperti Google dan Yahoo.-Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan