MPN Mahu Bincang Isu Kontrak, Persaraan Profesor - Idris Jusoh

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Pihak Universiti Awam (UA) dan Majlis Profesor Negara (MPN) akan bertemu dalam tempoh terdekat ini bagi membincangkan isu kontrak dan lanjutan umur persaraan bagi perkhidmatan golongan profesor, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata pihaknya menyedari perkhidmatan sebilangan profesor yang menghampiri usia persaraan, masih diperlukan kerana penglibatan mereka dalam sesuatu kajian atau penyelidikan.

Pada masa yang sama, katanya, kementerian juga perlu akur dengan autoriti yang dimiliki universiti berkenaan.

"Kementerian akan kaji, lihat keperluan tetapi lebih penting perbincangan dengan universiti perlu dilakukan terlebih dahulu kerana institusi itu lebih tahu tentang apa yang dikehendaki dan keperluan, berdasarkan apa yang akan disumbangkan profesor berkenaan," katanya.

Beliau diminta mengulas cadangan MPN hari ini supaya tempoh persaraan golongan profesor di UA dilanjutkan sekurang-kurangnya hingga umur 65 tahun, yang selaras dengan amalan antarabangsa.

Idris berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Intisari Sejarah Mexico Baharu 'New Compact History of Mexico' di Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, Isnin.

Pelancaran buku itu, yang diterjemahkan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM, turut dihadiri Naib Canselor UKM Datuk Dr Noor Azlan Ghazali dan Duta Mexico ke Malaysia Carlos Felix Corona.

Mengenai cadangan supaya para profesor diletakkan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pengajian Tinggi berbanding perkhidmatan awam ketika ini, Idris berkata perkara itu juga memerlukan perbincangan teliti antara kedua-dua pihak.

Ditanya tentang kenyataan MPN bahawa kontrak 156 profesor di UA tidak dilanjutkan sejak Januari lepas disebabkan pengecilan bajet pengurusan, beliau berkata pihak berkenaan perlu akur kerana ia mungkin tertulis di dalam kontrak selain memahami autonomi yang dimiliki setiap universiti.

"Kebiasaannya kementerian akan bawa supaya perkara ini dibincangkan bersama tetapi kebanyakan keputusan yang dibuat oleh universiti awam diputuskan pihaknya sendiri," katanya.

Tags / Kata Kunci: Majlis Profesor Negara , Idris Jusoh

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan