IPU Tahap Berbahaya, ILP Di Miri Diarah Tutup

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 1:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Baram di Miri, diarah tutup susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di situ mencapai tahap berbahaya akibat kebakaran hutan berhampiran.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata arahan kepada ILP itu dimaklumkan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Jabatan Pendidikan Negeri juga dinasihatkan menutup sekolah-sekolah yang berada di kawasan sekitarnya untuk menjamin keselamatan murid-murid, katanya ketika dihubungi di sini. 

Sejak minggu lalu, lebih 80 hektar kawasan hutan dekat ILP di Miri  terbakar.

Pada pukul 10 pagi tadi, bacaan IPU di kawasan ILP itu berada pada paras berbahaya 336 tetapi menurun kepada 321 pada pukul 11 pagi.

Wan Junaidi berkata kakitangan JAS dan pasukan bomba berada di lokasi kebakaran bagi memantau keadaan untuk menjalankan proses ledakan air.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: IPU , Miri , ILP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan