Barisan Exco Kedah Angkat Sumpah Jawatan Pagi Ini

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 12:03 PM

Kesemua sembilan exco di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikekalkan dalam barisan kepemimpinan kerajaan negeri Kedah yang baharu. Majlis angkat sumpah barisan exco yang baharu itu berlangsung 11 pagi Isnin di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Barisan Exco Kedah dibawah kepimpinan Menteri Besar yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengangkat sumpah jawatan dihadapan Jawatankuasa Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada pagi Isnin.

Sembilan wakil rakyat mengangkat sumpah pada 10.30 pagi.

Mereka adalah Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang sama ketika pentadbiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mukhriz meletak jawatan pada 3 Februari lalu selepas hilang keyakinan di kalangan majoriti wakil rakyat negeri berkenaan.

Senarai exco terlibat termasuk Datuk Norsabrina Mohd Noor, Datuk Suraya Yaacob dan Datuk Aminuddin Omar yang memihak kepada Mukhriz.

Exco lain adalah Datuk Tajul Urus Mat Zain, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, Datuk Badrol Hisham Hashim, Datuk Tajuddin Abdullah dan Datuk Dr Leong Yong Kong

Adalah difahamkan walaupun tiada perubahan dalam barisan exco negeri itu, akan ada rombakan daripada segi portfolio yang bakal disandang mereka.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan