Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 7,931 Orang

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 8:44 AM

Pemandangan dari udara keadaan banjir di Kampung Endap, Kota Samarahan kira-kira 30 kilometer dari Kuching pada Ahad.Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan meningkat awal pagi Isnin sehinggamenjangkau 7,931 orang daripada 2,033 keluarga berbanding 5,769 orang daripada 1,527 keluarga Ahad malam.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata jumlah pusat pemindahan (PP) banjir juga bertambah menjadi 47 buah berbanding 31 malam tadi.

Beliau berkata sehingga pukul 6 pagi, 24 PP dibuka di daerah Kuching berbanding lapan malam tadi sementara di daerah Bau kekal sebanyak sembilan buah.

Katanya bahagian Serian kekal sebagaimana malam tadi dengan tujuh PP didaerah Serian serta satu di daerah Padawan, dan bahagian Samarahan juga kekal dengan enam PP di daerah Kota Samarahan.

Menurutnya keadaan cuaca awal pagi Isnin di bahagian-bahagianberkenaan kelihatan lebih baik berbanding sejak tiga hari lepas.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Banjir Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan