Banjir Sarawak: 7,636 Mangsa Dipindahkan Setakat Isnin Malam

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 11:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Mangsa banjir yang dipindahkan di bahagian Kuching, Serian dan Samarahan kini berjumlah 7,636 daripada 1,917 keluarga setakat 8 malam Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata bilangan itu bertambah sedikit berbanding 7,327 mangsa pada sebelah petang.

Beliau berkata sebanyak 50 pusat pemindahan yang dibuka setakat malam ini  dengan 33 daripadanya di bahagian Kuching, bahagian Serian (12) dan Samarahan (5).

Menurutnya keadaan banjir dijangka reda esok berikutan cuaca di ketiga-tiga bahagian itu baik sejak awal pagi.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan