Banjir: 15 Sekolah Di Beberapa Daerah Di Sarawak Ditutup

Diterbitkan: Isnin, 22 Februari 2016 2:30 PM

Tiga pelaja (dari kanan) Maria Tomy, 17, Margarita Neddy, 17, dan Anndra Neddy, 16, menjemur buku-buku sekolah mereka yang basah akibat banjir di Kampung Bratan, Jalan Puncak Borneo, Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sebanyak 15 buah sekolah di beberapa daerah di Sarawak ditutup hari ini akibat banjir, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sebaik sahaja banjir surut, kerosakan yang dialami sekolah terbabit akan dinilai dan kerja membaiki kerosakan itu akan dilakukan dengan kadar segera.

Mahdzir berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) St. David Bumbok, kira-kira 17km dari bandaraya Kuching, Isnin.

Daerah Kuching, Serian, Samarahan dan Bau dilanda banjir yang menyebabkan sejumlah 7,965 daripada 2,051 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setakat 12 tengah hari, Isnin.

Mahdzir beramah mesra dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tapang ketika melawat sekolah itu, Isnin.

Sementara itu, Mahdzir berkata sebanyak 100 buah sekolah di seluruh Sarawak yang masih mengggunakan set generator akan disambung ke grid Sarawak Energy (SEB) bagi mendapatkan bekalan elektrik 24 jam.

Mengenai perjumpaan beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini, beliau berkata beberapa perkara berkaitan soal pendidikan dibincangkan termasuk bahasa Inggeris di sekolah.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Sarawak , banjir , Mahdzir Khalid , Adenan Satem

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan