Dr M Pencetus Dan Pemusnah Wawasan 2020

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 6:38 PM

Tun Musa Hitam

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pencetus dan juga pemusnah Wawasan 2020, menurut Tun Musa Hitam.

Musa yang memegang jawatan timbalan perdana menteri dari tahun 1981 hingga 1986 berkata bekas ketuanya itu sendiri telah memadam impian itu apabila memilih untuk menyingkirkan pemimpin berpotensi, sebaliknya melatih pengikut-pengikut.


"Pengikut-pengikut itu akhirnya mengambil alih kepimpinan negara selepas beliau melepaskan jawatannya.

"Ironinya wawasan Dr Mahathir kini dilihat akan gagal kerana Dr Mahathir sendiri.

"Sebijak-bijak dirinya, beliau lupa bahawa untuk berjaya, beliau perlu melatih pemimpin di semua peringkat, tetapi yang paling penting, pemimpin politik.

"Rekod kepimpinan peribadi beliau menunjukkan bahawa beliau menjauhkan semua pemimpin berpotensi dan mengekalkan serta melatih pengikut! Sebahagian besar pengikut-pengikut yang dilatih telah mengambil alih kepimpinan negara," kata Musa pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada satu majlis khas memperingati ulang tahun ke-113 Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman, yang dianjurkan oleh  Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Musa berkata Malaysia berada dalam keadaan semasa kerana kegagalan kepimpinan, sambil menambah pengikut-pengikut Dr Mahathir telah dipersiapkan dalam tempoh 22 tahun pentadbiran beliau.

"Pengikut-pengikut terlatih ini berdedikasi dan setia kepada sesiapa yang duduk di bahagian paling atas. Mereka perlu, untuk terus kekal.

"Bagi saya impian 2020 itu seolah-olah jatuh sedikit demi sedikit tetapi dengan kadar kelajuan membimbangkan. Dengan apa yang berlaku, saya kini yakin kita tidak akan mencapai matlamat Wawasan 2020," katanya.

Wawasan 2020 telah diperkenalkan oleh Dr Mahathir pada tahun 1991,  sebagai satu matlamat bagi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Matlamatnya itu juga menjadi matlamat utama penggantinya, termasuk Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Mahathir, pengkritik kuat Najib bagaimanapun mendakwa tahun lepas bahawa pentadbiran sekarang tidak akan berjaya untuk mencapai Wawasan 2020.

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan