Tengku Abdullah Dimasyhur Canselor Pertama DHU

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 3:00 PM

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipakaikan jubah Censelor DRB-HICOM University of Automotif Malaysia oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil (kanan) disaksikan Naib Censelor universiti Prof Dr Garry James Clayton (kiri) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) pada majlis perasmian DRB-HICOM University of Automotif Malaysia, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dimasyhurkan sebagai Canselor pertama Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU) di sini.

Istiadat pemasyhuran itu disempurnakan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Tan Sri Mohd Khamil Jamil selepas Tengku Abdullah merasmikan DHU yang merupakan universiti pertama berteraskan pendidikan automotif di rantau Asean. 

Pada istiadat itu, Mohd Khamil memakaikan jubah Canselor berwarna kuning yang diperbuat daripada songket dengan kemasan tenunan benang emas dan tiga jalur di bahagian lengan, topi dan kalung kepada Tengku Abdullah. 

Majlis bersejarah itu turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh. 

Mohd Khamil dalam ucapannya berkata DHU merupakan universiti tunggal di rantau ini yang menawarkan ijazah sarjana muda, sarjana, dan program doktor falsafah berkaitan ekosistem automotif selain pengajian peniagaan dan pengurusan seperti kewangan dan perakaunan.

"DHU ditubuhkan tepat pada masanya bagi menyahut keperluan mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan dan peranan utama DHU adalah sebagai pelengkap kepada industri automotif melalui pembangunan modal insan yang mampan," katanya.

Mohd Khamil berkata DHU dengan prinsip 'Oleh Industri, Untuk Industri' juga menawarkan pelbagai program dengan kurikulum yang menekankan asas kemahiran pemikiran kritis, kemahiran komunikasi, dan menyemai ciri-ciri kepimpinan serta keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata sebelum ini, DHU dikenali sebagai Kolej Antarabangsa Automotif ditubuhkan pada 2 April 2010 sebelum menerima status universiti daripada Kementerian Pendidikan Tinggi pada Oktober 2015.

"DHU telah menghasilkan seramai 718 graduan, sebahagian besar berkhidmat dengan Kumpulan DRB-HICOM dan dalam masa sama, 10 graduan diploma sedang melanjutkan pelajaran di John Moores University, Liverpool, United Kingdom, di bawah tajaan anak syarikat Kumpulan DRB-Hicom," katanya.

DHU turut bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang dalam menawarkan Ijazah Pentadbiran Teknologi dan Universiti Multimedia untuk Ijazah Keusahawanan, katanya. 

DHU hari ini, turut meraikan majlis konvokensyen kali ketiga melibatkan 230 graduan diploma bidang Kejuruteraan dan Teknologi serta bidang Perniagaan dan Pengurusan, yang disempurnakan oleh Tengku Abdullah. 

Sempena majlis konvokesyen itu juga, pelbagai acara menarik diadakan termasuk gerai makanan, kawasan permainan kanak kanak, 'race car simulator', go-kart dan pameran kereta baharu Lotus iaitu Evora S400 yang dilancarkan bulan ini.

Temuduga terbuka turut diadakan melibatkan anak syarikat DRB seperti Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS), dan DRB-HICOM Auto Solution (DHAS). -- Bernama


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan