Najib Pegang Tiga Prinsip Kekalkan Beliau Dalam Politik

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 12:30 AM

Sempena 40 Tahun Najib Razak Dalam Politik

  • 1 of 12
  • politik1

    Sepanjang 40 tahun penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam politik, pelbagai pengalaman dilaluinya ketika menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Majlis kesyukuran turut diadakan bersama sahabat-sahabat yang setia menyokongnya sepanjang tempoh itu di Dewan Tun Razak 1 PWTC pada 20 Februari.

  • politik10

  • politik11

  • politik12

  • politik2

  • politik3

  • politik4

  • politik5

  • politik6

  • politik7

  • politik8

  • politik9

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau berpegang kepada tiga prinsip sejak melibatkan diri dalam politik 40 tahun lepas, dan tidak akan menghancurkan Umno yang telah dibina Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Prinsip paling utama yang dipegang adalah perbanyakkan kawan daripada lawan, kata perdana menteri.

"Dalam dewan ini misalnya, Kelab Sahabat N87 yang hadir, sentiasa setia bersama saya selama ini dalam keadaan senang, cemas, tetap bersama saya," katanya ketika berucap pada majlis tahlil bersempena '40 Tahun Najib Razak dalam Politik' di sini, malam Sabtu.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Kelab Sahabat Najib Razak N87 yang terdiri daripada bekas ketua pemuda Umno sezaman dengan Najib.

Najib menjelaskan beliau juga memegang prinsip tidak pernah bertanding untuk menjatuhkan sesiapa dalam politik.

"Rekod saya dalam setiap pertandingan kalau ada kosong baru saya bertanding, dengan ini saya tidak akan jatuhkan sesiapa," katanya.

Prinsip ketiga pula adalah tidak pernah membeli undi dalam parti.

"Allahyarham ayahanda saya yang membina Umno dan saya takkan menjadi anak yang menghancurkan parti," tegas beliau.

Perdana Menteri berkata biarpun beliau disifatkan penyabar oleh rakan politiknya, namun mengakui kesabaran beliau ada hadnya terhadap mereka yang cuba mencalar kredibiliti kepimpinannya.

"Ya...saya penyabar, saya setuju. Tetapi sabar ada had juga. Jangan fikir saya diam boleh buat sesuka hati, dan jika sudah melebihi had saya akan bertindak tetapi mestilah berdasarkan fakta dan kepentingan kerajaan," katanya.

Najib juga menyifatkan tiada profesion yang boleh menandingi profesion ahli politik sekiranya berhasrat untuk membantu rakyat dan mengubah masa depan negara.

Terdahulu, Najib menyertai kira-kira 2,000 tetamu dalam majlis tahlil dan bacaan Yasin serta menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Ia disusuli dengan jamuan malam dan ucapan pengisahan pengalaman bersama Najib oleh Pengerusi Kelab N87, Datuk Seri Suleiman Mohamed dan bekas Ketua Pemuda Umno, Datuk Khalid Yunus.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata sifat Najib yang sangat tenang dan sabar itu amat dikaguminya.

Beliau berkata walaupun banyak tentangan yang dihadapi namun Najib tetap tenang dan akan menyelesaikan setiap masalah dengan sederhana.

"Dia (Najib) memang susah nak marah dan kalau ada sebarang masalah yang dihadapi dia akan menasihati kami," katanya.

Tengku Adnan juga mendoakan agar Najib dipanjangkan umur dan terus kekal mentadbir negara ini dengan sebaik mungkin.

Annuar pula berkata kejujuran, keikhlasan dan kesabaran Najib amat disegani oleh rakyat dan orang yang bekerja dengannya.

"Beliau (Najib) orang yang begitu penyabar dan beliau tidak akan terburu-buru membuat keputusan dalam menghadapi sesuatu isu," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan