PDRM Teruskan Cadangan Naikkan Kadar Kompaun Trafik

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan cadangan menaikkan kadar kompaun maksimum sebagai satu usaha menurunkan statistik kemalangan jalan raya maut yang meningkat sepanjang tahun.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Muhd Fuad Abu Zarim berkata pihaknya kini sedang meneliti proses bagi tujuan itu termasuk pindaan dari sudut perundangan sebelum ia dilaksanakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tanpa menyebut jumlah kenaikan kadar kompaun berkenaan, beliau berkata sudah tentu ia akan melalui proses perundangan kerana sebelum ini kadar bayaran maksimum RM300 yang ditetapkan merupakan sebahagian daripada Seksyen 120 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Jadi kalau kita mahu melakukan pindaan, ia perlu melalui proses di peringkat jemaah menteri, kemudian akan dibentangkan di Parlimen dan setelah diluluskan oleh Parlimen barulah boleh ia dikuatkuasakan.

"Untuk sementara waktu ini, kita masih mengguna pakai undang-undang sedia ada dan harap pindaan tersebut dapat dilaksanakan selewat-selewatnya hujung tahun ini (berdasarkan syor PDRM)," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang di sini, Ahad.

Turut hadir Ketua Trafik Pasukan Cawangan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mahamad Akhir Darus, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hashim Abd Jalil dan Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superitendan Mohd Suhaimi Ali.

Muhd Fuad berkata kadar kompaun berkenaan dilihat wajar dinaikkan memandangkan ia tidak pernah dinaikkan sejak 28 tahun lalu dan mungkin kadar berkenaan terlalu ringan sehingga tidak lagi memberi kesan kepada pengguna jalan raya. 

"Hasil pemerhatian PDRM, saban tahun pelbagai usaha dijalankan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya termasuk kempen keselamatan dan operasi khas sempena musim perayaan, namun seolah-olah ia tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya.

"Jadi kita berharap dengan kenaikan kadar kompaun ini sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar lebih mematuhi peraturan jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan maut yang semakin meningkat saban tahun," katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mencadangkan agar jumlah kompaun maksimum dinaikkan sebagai antara inisiatif mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.

Menurut Khalid, tindakan itu bagi mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dalam pemanduan kerana mereka masih dilihat penyumbang utama kepada kemalangan. 

Dalam pada itu, Muhd Fuad berkata cawangan trafik PDRM akan diperbesarkan dan dimantapkan dengan penubuhan jabatan baharu yang dikenali sebagai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Mac ini.

"Jabatan baharu ini akan dilancarkan 25 Mac ini sempena sambutan Hari Polis, ia akan mempunyai pengarah sendiri. Dengan jabatan baharu ini ia akan memberi fokus kepada keperluan jabatan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya meliputi pelbagai aspek.

"Kita harap dengan penubuhan jabatan baharu ini, ia turut memberi faedah kepada masyarakat terutama dari segi mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya di seluruh negara," katanya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: PDRM , Muhd Fuad Abu Zarim , trafikm , KDNKA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan