Tiga Pelajar Kolej Tunku Kurshiah Harumkan Nama Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 11:56 PM

Pelajar Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Asma Mohd Jailani yang telah menjuarai Pertandingan Menulis Cerpen pada Asian English Olympiad di Jakarta, diraikan rakan-rakannya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tiga pelajar dari Kolej Tunku Kurshiah (TKC) di Negeri Sembilan mengharumkan nama Malaysia apabila muncul sebagai antara pemenang pertandingan Asian English Olympics di Jakarta minggu lepas.


Pelajar tingkatan empat Asma Mohd Jailani, 16, muncul juara di bawah kategori Penulisan Cerita Pendek, menewaskan 48 peserta lain, dengan ceritanya bertajuk "A Pinprick of Light".

Beliau menggondol hadiah wang tunai RM1,500 (lima juta rupiah), piala dan sijil.
Sementara itu, dua orang lagi pelajar TKC, Anis Nur Athirah Ahmad Sukari, 16, dan rakannya, Alyssa Sofea Ahmad Zahari, 17, muncul sebagai lima pemidato bakat baharu dalam kategori Debat.

Ketika ditemui Bernama sekembalinya dari Jakarta pada Ahad, Asma berkata dia seolah-olah tidak percaya dan terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang kerana dalam pertandingan ini, beliau perlu bersaing dengan pelajar universiti dari negara-negara Asia.

"Saya tidak naik ke pentas ketika nama saya diumumkan sehinggalah kawan-kawan saya memanggil nama saya dan memberitahu bahawa saya menang.
Kemudian, barulah saya sedar bahawa saya menjuarai ertandingan.

"Saya sentiasa mempunyai impian untuk menjadi seorang penulis atau pengarang walaupun menyedari kesukaran yang harus diharungi, dan berbekalkan impian itu, saya menulis cerita dengan bangga dan sukacita," kata beliau dan menambah ini kali pertama beliau menyertai pertandingan berprestij ini.

Anis dan Alyssa, sebaliknya, berkata apabila dibelenggu keraguan, mereka memberi motivasi antara satu sama lain dan meniupkan harapan bahawa mereka mampu bersaing dengan pelajar peringkat universiti, dan dapat menandingi standard dengan keazaman dan keyakinan.

"Kami berasa bangga dan kami juga mengharumkan nama TKC bangga apabila kami berdua ialah satu-satunya rakyat Malaysia dan pasukan sekolah tinggi yang bersaing dengan pelajar-pelajar universiti yang lebih berpengalaman," katanya.

Ketika menyambut kepulangan para pelajar dan guru terbabit, Naib Presiden (Agama  and  Pendidikan) Kolej Tunku Kurshiah Datuk Hafsah Hashim berkata, pelajar-pelajar ini, kali pertama menyertai acara antarabangsa, telah dilatih dan dibimbing oleh tiga orang guru sejak Disember tahun lepas dan meletakkan bahasa Inggeris di tahap lebih tinggi pada pertandingan antarabangsa.

"TKC berdiri sama tinggi di barisan hadapan di kalangan sekolah berasrama penuh. Oleh itu, pengetua Hamizan A.Hamid mahu para pelajar didedahkan kepada pertandingan antarabangsa dan berusaha ke arah kecemerlangan," kata Hafsah, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan SME.

Bertemakan "Radiate Your Light", Asian English Olympics, yang diadakan dari 16 hingga 20 Feb disertai oleh lebih 500 peserta dari Indonesia, Singapura, Malaysia, Filipina, Hong Kong, Thailand, Vietnam, dan Macau.

Mereka bertanding dalam kategori Debat, Penyampaian Berita, Scrabble, Penulisan Cerita Pendek, Ucapan, Spelling Bee, dan Bercerita.

Tags / Kata Kunci: TKC , Asian English Olympics

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan