Pencapaian Najib Kebanggaan Rakyat Pekan Dan Pahang - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 2:40 PM

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
(Ubah saiz teks)

PEKAN:Pencapaian Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang 40 tahun penglibatannya dalam politik dan pentadbiran kerajaan menjadi kebanggaan rakyat Pahang, khususnya di Pekan.

Tengku Mahkkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perjalanan Najib daripada seorang anggota Parlimen, Menteri Besar Pahang, menteri di peringkat kerajaan pusat dan akhirnya sebagai Perdana Menteri membawa nostalgia tersendiri.

"Pencapaian ini membawa nostalgia yang besar maknanya kerana 40 tahun dahulu, saya dan beliau (Najib) tidak ada rambut putih dan hari ini, rambut dan kening sudah total white (putih sepenuhnya).

"Ini menunjukkan banyak pengalaman telah dilalui beliau. Banyak turun naiknya tapi kita kena bangga banyak pencapaian yang dilakukannya," titah baginda yang turut mengucapkan tahniah kepada Najib. 

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa merasmikan Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom di sini, Ahad, yang turut dihadiri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan pengarah urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Tan Sri Mohd Khamil Jamil. 

Pada majlis itu, turut menyaksikan Tengku Abdullah dimasyhurkan menjadi canselor pertama DHU dengan istiadat pemasyhuran disempurkan oleh Mohd Khamil.

Tanggal 21 Februari 2016 menjadi detik bersejarah kepada Najib kerana menandakan genap 40 tahun penglibatan anak sulung Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Rahah Muhammad Noah dalam arena politik. 

Najib bertanding Pilihan Raya Kecil Parlimen Pekan pada 21 Februari 1967 pada usia 23 tahun sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982 sekaligus melakar sejarah sebagai menteri besar termuda iaitu pada usia 29 tahun. -- Bernama 




iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan