Prof Korea Bangunkan Papan Kekunci Khas Tulisan Jawi

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 12:02 PM

Pensyarah Bahasa Melayu daripada Busan University of Foreign Studies, Korea Selatan, Prof Dr Kang Kyoung Seok ketika ditemubual di Wisma Bernama di sini, Ahad. Beliau yang juga Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) begitu berminat dengan tulisan jawi namun bimbang tulisan jawi dipinggirkan generasi muda di negara ini.

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Prof Dr Kang Kyoung Seok dari University of Foreign Studies, Korea Selatan kini dalam usaha membangunkan papan kekunci khusus untuk kegunaan tulisan jawi.

Kyoung Seok, 61, yang merupakan satu-satunya warga Korea Selatan diiktiraf Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pakar tulisan jawi berkata papan kekunci sedia ada yang mengambil bahasa Arab sebagai model dilihat kurang sesuai untuk menulis jawi. 

Beliau berkata papan kekunci jawi yang sedang dibangunkannya mengambil model tulisan rumi yang dilihat lebih mudah dikuasai kegunaannya terutamanya dalam kalangan generasi muda masa kini. 

"Walaupun tulisan bahasa Arab itu ada sedikit sebanyak sama dengan jawi tetapi perlu diingat bahasa Arab dan bahasa Melayu itu terlalu banyak bezanya, jadi bila mahu eja bahasa Melayu dengan tulisan jawi melalui papan kekunci bahasa Arab tentunya bukan perkara mudah. 

"Generasi muda bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia belajar dan tahu bahasa Melayu dengan tulisan rumi, maka bila ada papan kekunci jawi dengan model tulisan rumi mereka akan lebih mudah faham," katanya yang fasih berbahasa Melayu melalui e-mail kepada Bernama di sini.

 Kyoung Seok kini dalam fasa akhir pembangunan papan kekunci itu dan tidak menolak kemungkinan mengembangkan papan kekunci itu untuk kegunaan peranti lain seperti telefon pintar selain papan kekunci untuk komputer peribadi serta komputer riba.

Beliau juga dijadualkan membentangkan idea papan kekuncinya itu pada sebuah persidangan mengenai tulisan jawi di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Muallim, Perak tahun ini. 

"Oleh kerana saya belajar jawi dan bahasa Melayu di Universiti Malaya maka saya merasa terhutang budi dan dengan penyelidikan dan kajian seperti ini akan saya balaskan budi kepada masyarakat Melayu serta rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya. 

Menceritakan tentang usahanya untuk mengembangkan tulisan jawi dan budaya Melayu di Korea Selatan, bekas Ketua Jabatan Pengajian Malaysia-Indonesia universiti tersebut berkata sememangnya generasi muda Korea Selatan amat berminat dengan tulisan dan budaya itu.

"Mereka amat berminat belajar tentang budaya Melayu dan tulisan jawi walaupun ramai yang salah faham budaya Melayu dan Indonesia itu sama, tidak sama kerana saya lihat ada banyak perbezaannya," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Kang Kyoung Seok , DBP , jawi

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan