Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Pagi Ahad

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 9:09 AM

Anggota bomba dan penyelamatkan menggunakan bot untuk memindahkan mangsa banjir di Kampung Batu Kitang, Bau. - foto Zulazhar Sheblee/The Star

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Hujan lebat sekali-sekala di beberapa tempat sekitar sini sepanjang malam tadi mengakibatkan keadaan banjir sejak Sabtu berlarutan dan sehingga pagi Ahad menjadikan jumlah mangsa yang berada di pusat-pusat pemindahan meningkat kepada 2,869 orang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata sebanyak 22 pusat pemindahan banjir dibuka pagi ini bagi menempatkan 2,869 mangsa daripada 779 keluarga itu.

Beliau berkata selain beberapa tempat di bahagian Kuching dan Serian, pagi Ahad turut menyaksikan satu lagi tempat di bahagian Samarahan terjejas akibat banjir.

Katanya setakat ini, lapan pusat pemindahan dibuka di kawasan sekitar daerah Kuching dan sembilan di daerah Bau, manakala dua di daerah Serian dan satu di Padawan.

Beliau yang dihubungi pagi Ahad memberitahu di bahagian Samarahan pula, dua pusat pemindahan banjir dibuka termasuk satu di Masjid Darul Ibadah, yang terletak di daerah Kota Samarahan dan menempatkan 68 mangsa daripada 13 keluarga.

Menurutnya di kebanyakan tempat, air sungai kekal tinggi sebagaimana pada Sabtu.

Tags / Kata Kunci: banjir , Sarawak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan