Malaysia Jadi Negara Tua Menjelang 2030 - Chew

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 1:55 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Malaysia dijangka mencapai status negara tua menjelang 2030 disebabkan kemerosotan kadar kesuburan dan purata jangka hayat rakyat Malaysia yang lebih panjang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kira-kira 2.77 juta warga emas berusia 60 tahun dan ke atas kini membentuk sembilan peratus daripada 30.49 juta populasi penduduk di negara ini.

"Berikutan penurunan kadar kesuburan dan peningkatan jangka hayat rakyat, Malaysia kini dijangka menjadi sebuah negara tua menjelang 2030, di mana 15 peratus daripada populasi penduduk terdiri daripada warga emas," katanya.

Naib Presiden MCA itu berkata demikian pada majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan warga emas di Rumah Seri Kenangan Johor Baru di sini pada Ahad.

Katanya, kementerian telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menghadapi peningkatan bilangan warga emas di negara ini.

Pasukan tersebut dipengerusikan Chew.

Beliau berkata pasukan petugas itu telah menjalankan empat sesi rundingan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan kajian mengenai perkara tersebut.

"Perkembangan terkini adalah perdebatan mengenai satu kajian oleh Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM) untuk mengenal pasti isu dan strategi bagi mengatasi perkara tersebut," kata Chew.

Tags / Kata Kunci: negara tua , Malaysia

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan