Kempen Baca Al-Quran Guna Pelbagai Bahasa Mulai Mac Ini

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 9:30 AM

Dr Mahathir ketika merasmikan Kempen Baca al-Quran sambil diiringi Anas Zubedy (dua dari kanan) dan Syed Akbar Ali (kanan).

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ayat suci al-Quran akan bergema di laman media sosial sepanjang Mac ini susulan kempen menggalakkan orang ramai membaca kitab itu menggunakan bahasa yang mereka fahami.

Sekumpulan personaliti dari pelbagai latar belakang akan berkongsi ayat kegemaran mereka menerusi Kempen Baca al-Quran 2016 yang akan diketengahkan menerusi media sosial.

Kempen yang bermula sejak 2009 itu bagaimanapun tidak hanya terhad kepada umat Islam, malahan ia melibatkan bukan Islam untuk turut serta menghayati bahasa al-Quran selain Arab.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melancarkan kempen itu berkata, masalah timbul apabila umat Islam memberi penekanan untuk membaca dan menghafal ayat al-Quran, bukan memahami maksudnya.

"Ayat al-Quran tidak berubah, tetapi jika kamu membaca sesuatu yang tidak difahami, ia tidak boleh menjadi rujukan.

"Jika saya sesat dan individu yang saya tanya untuk mendapatkan panduan menjawabnya menggunakan bahasa Eskimo tentu saya tidak faham.

"Tetapi jika dia bercakap dalam bahasa Eskimo tetapi menterjemahkannya kepada Inggeris atau Melayu, tentunya saya memperoleh sediki panduan," katanya ketika berucap merasmikan kempen itu.

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali bersama beberapa personaliti termasuk penyampai televisyen, Daphne Iking; pemimpin muda DAP, Dyana Sofya, peguam kanan, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos dan pakar undang-undang, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi menyumbang kepada kempen ini.

Wong Chun Wai (kiri) bersama K.Sri Dhammaratana, Anas Zubedy, M.Andy dan Jahaberdeen Mohamed Yunoos pada majlis perasmian Kempen Baca al-Quran, Sabtu. 


Ketua Biskop Kuala Lumpur Julian Leow; Ketua Paderi, Datuk K. Sri Dhammaratana dan Pengarang Urusan dan Ketua Pengawai Eksekutif Star Media Group Berhad, Datuk Seri Wong Chun Wai juga terlibat dalam kempen sama.

Majlis bermula dengan enam sesi perkongsian pendapat dengan enam individu yang membaca 12 ayat al-Quran menggunakan bahasa berbeza termasuk bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Tamil, Arabic and Kadazan.

Kempen ini boleh dilawati menerusi media sosial di  Facebook (https//www.facebook.com/letsreadthequranlrtq), Instagram (letsreadthequran), Blogspot (www.letsreadthequranlrtq.blogspot.my) dan Twitter (@LReadThe Quran).  Pembaca juga boleh menemui posting berkaitan kempen ini menggunakan hashtag  #LRTQ2016. 



iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan