DUKE Selesai Jalani Prosedur Angiogram

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 1:30 PM

Asyraf Wajdi turut meluangkan masa melawat DUKE sebelum menjalani prosedur angiogram di HUSM, Ahad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penceramah agama, Datuk Mohd Kazim Elias selesai menjalani prosedur angiogram di Makmal Kardiologi Invasif, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Prosedur bagi mengesan kecederaan yang dialami otot jantungnya itu bermula pukul 9 pagi dan selesai kira-kira satu setengah jam itu.

Pegawai khasnya Rafi Rahman dipetik berkata, keadaan pendakwah yang dirawat di Wad Unit Penjagaan Koronari (CCU) itu stabil dan semuanya selamat.

Laman media sosial Facebook milik anak kelahiran Perak yang lebih dikenali sebagai DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias) turut memuatnaik beberapa gambar sebelum pendakwah berusia 44 tahun itu menjalani prosedur itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki juga meluangkan masa melawat DUKE sblm prosedur Angiogram dijalankan ke atasnya.

Kazim dimasukkan ke HUSM selepas mengadu sakit dada selepas kira-kira lima minit memberi ceramah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok.

Pada Sabtu, Kazim dilaporkan sudah boleh bercakap dan makan bubur walaupun masih dalam keadaan lemah.



Tags / Kata Kunci: DUKE , Kazim Elias , HUSM , angiogram

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan