DHU Pelengkap Keperluan Bidang Automotif Negara - Najib

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 2:30 PM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Penubuhan Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom (DHU) dilihat menjadi pelengkap kepada bidang pendidikan dan memenuhi keperluan industri automotif di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, inisiatif DRB-Hicom mewujudkan universiti pertama seumpamanya di rantau Asean dengan dana yang besar sebanyak RM350 juta untuk fasa pertama pembangunan universiti itu wajar dipuji dan diberikan penghargaan kerana amat jarang sebuah syarikat swasta sanggup berbuat demikian.

"Saya berbangga apabila ada sebuah swasta yang sanggup melabur dana yang besar bagi menjana keperluan tenaga mahir untuk keperluan syarikatnya dan keperluan industri automotif dalam dan luar negara...jarang ada syarikat sanggup berbuat demikian.

"Biasanya mereka menyerahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan untuk sediakan kursus dan wujudkan insitusi berkenaan. Sehubungan itu, langkah universiti melaburkan RM350 juta untuk wujudkan universiti ini adalah satu langkah yang amat disanjung,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian DHU yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mewakili Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Turut hadir di majlis itu, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Bhd Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Pada majlis itu, Tengku Abdullah turut dimasyhurkan menjadi Canselor pertama universiti berkenaan.

Najib berkata, universiti itu juga bakal melengkapkan lagi kemudahan di universiti berkenaan termasuk dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R and D) dengan pelaburan RM150 juta menjadikan jumlah keseluruhan dana yang dilaburkan sebanyak RM500 juta.

Menurutnya penubuhan universiti itu juga dianggap tepat pada masanya dan ia amat membanggakan penduduk Pahang dan Pekan khasnya yang kini mempunyai dua buah universiti di daerah ini selain Universiti Malaysia Pahang (UMP).

"Bermula daripada Kolej Antarabangsa Automotif (ICAM) sejak lima setengah tahun lepas, ia kini berkembang maju menjadi institusi pendidikan berkualiti tinggi."Ia telah berjaya dinaik taraf kepada sebuah universiti penuh pada Oktober tahun lepas dengan menawarkan program ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan peringkat doktor falsafah," katanya. 

Menurut Najib, kakitangan universiti dan pihak pengurusan khasnya telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan itu dengan memenuhi semua syarat yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi sehingga ICAM berjaya menjadi sebuah universiti seperti hari ini. 

Perdana Menteri berkata kesemua kemudahan ini juga tidak akan wujud tanpa perkenan Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah yang selama ini memberi banyak dorongan demi kemajuan negeri ini.

Ia turut dibantu dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan negeri dan pusat membolehkan pembangunan bidang pendidikan dan industri dapat berjalan dengan pesat.

Najib berkata perasmian universiti itu juga amat bermakna kepada dirinya selaku anggota Parlimen Pekan kerana hari ini juga genap 40 tahun beliau melibatkan diri dalam politik. -- Bernama

Tags / Kata Kunci: DHU , DRB Hicom , automotif , Najib Razak

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan