DCA Tidak Terima Permohonan Permit, Lesen Daripada Bayu Air

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 2:25 PM

Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Mutiara Skyways Sdn Bhd, Mohd Saiful Rizal Raffien (tengah) bergambar bersama krew penerbangan yang menggayakan pakaian seragam Bayu Air pada majlis Pra Pelancaran Bayu Air baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang permohonan sama ada bagi permit mahupun lesen untuk beroperasi daripada syarikat penerbangan Bayu Air setakat ini.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihaknya kesal dengan tindakan Bayu Air kerana telah membuat pengumuman berhubungan permulaan operasi penerbangan mereka Ogos ini, sebelum memohon dan mendapat kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa.

"Syarikat penerbangan baharu yang ingin menjalankan penerbangan berjadual atau tidak berjadual perlu mengemukakan permohonan untuk permit dan lesen terlebih dahulu kepada Kementerian Pengangkutan dan DCA sebelum membuat apa-apa pengumuman mengenai operasi mereka.

"Ini sepertimana yang terkandung dalam Peraturan 10 dan 17 di bawah Peraturan Penerbangan Awam," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Azharuddin berkata DCA juga telah berhubung dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berhubung perkara ini.

"Kami telah dimaklumkan bahawa KPDNKK tiada sebarang pengetahuan berhubung ketidakpatuhan syarikat itu dan tidak pernah mengeluarkan sebarang sokongan rasmi terhadap syarikat penerbangan tersebut," katanya. 

Beliau berkata semua syarikat penerbangan digesa untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di bawah Akta Penerbangan Awam.
-- Bernama

Tags / Kata Kunci: DCA , Bayu Air

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan