Bot Dilapor Karam Ke Laut Sejak Khamis Lalu

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 12:51 PM

Pulau Payar, Langkawi.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Bot yang dilaporkan karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Payar malam Sabtu, dipercayai telah keluar ke laut sejak Khamis lalu untuk membawa sekumpulan pemancing ke kawasan berhampiran Pulau Payar.

Isteri kepada tekong bot berkenaan Rosmawati Mat, 40, berkata suaminya telah keluar ke laut sejak pagi Khamis lalu dan sepatutnya tiba di Jeti Pangkalan Kuala Kedah pagi Ahad.

Suami beliau, Zamidi Meeson, 42, telah lama menjalankan aktiviti membawa pemancing dengan menggunakan bot nelayan Kelas A miliknya.

Bagaimanapun Rosmawati tidak mengetahui jumlah sebenar pemancing dibawa suaminya kali ini.

"Bot tersebut baru sahaja diservis oleh suami saya, dia dah tahu keadaan kawasan tempat dia selalu memancing itu dan saya harap dia selamat," katanya kepada pemberita di Pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini Ahad.

Sementara itu, Ketua Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt Komander Maritim Ahmad Kamal Mohd Noor memberitahu seorang nelayan telah memaklumkan kepada pihak APMM bahawa terdapat sebuah bot kayu mengalami kebocoran dan tenggelam secara perlahan-lahan di kawasan berkenaan.

Susulan itu, APMM katanya telah menggerakkan Bot Pengawal 41 dan Kapal Penyelamat 5 dari Pangkalan Kuala Kedah dan Pangkalan Langkawi untuk aktiviti mencari dan menyelamat sejak Sabtu.

Operasi yang diteruskan sejak pagi Ahad bagaimanapun masih belum menemui mangsa. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bot karam , Pulau Payar

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan