Annuar Sasar Tangani Krisis Umno Menjelang PRU-14

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 9:58 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yakin krisis dalaman membabitkan pemimpin kanan parti itu dapat diselesaikan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Tegasnya, Umno tidak akan membiarkan mana-mana pihak tersisih selagi mereka yang terlibat meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan.

“Saya mendoakan supaya mereka kembali bersama parti menjelang PRU. Kita tak nak ada sesiapa pun tersisih daripada proses untuk bersama dan memberi sokongan kepada parti.

“Nak kritik, nak tegur silakan. Tapi soal menghadapi kekuatan parti, kita kena bersatu. Saya harap situasi ini akan selesai,” katanya dalam temubual bersama mStar Online baru-baru ini.

Umno berhadapan krisis dalaman selepas Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri memecat dua pemimpin kanannya iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal daripada kerajaan pada Julai tahun lalu.

Terbaharu Najib turut merestui gesaan pemimpin Umno Kedah supaya Datuk Seri Mukhriz Mahathir melepaskan jawatan sebagai menteri besar, seterusnya Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik mengisi jawatan itu awal bulan ini.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, kelompok berkenaan harus diberi ruang untuk membetulkan keadaan selepas menerima ujian dalam karier politik masing-masing.

“Mereka adalah orang yang mempunyai sejarah pengorbanan yang banyak kepada parti. Kalau mereka tidak mengganggu gugat dan tidak melanggar disiplin, saya percaya dengan mudah mereka akan diterima.

“Tapi saya faham, bila kita tersinggung, terus nak kritik. Tapi saya harap kawan-kawan saya berfikir banyak kali antara perasaan dan kebijaksanaan.

“Kalau kita jatuh sedikit, jatuh kerana digugurkan, kena ingat bahawa Tun Dr Mahathir (Mohamad) pernah dibuang daripada parti. Tapi beliau menjadi perdana menteri selepas itu,” katanya.

Sehubungan itu, Annuar mengingatkan bahawa kedudukan Najib sebagai perdana menteri kerana beliau mendapat restu daripada parti.

“Yang duduk di kerusi itu dipilih oleh parti. Parti percaya bahawa presiden harus menjadi perdana menteri. Jadi ia bermaksud bahawa Datuk Seri Najib berada di situ kerana konsensus parti.

“Kalau kita setia kepada parti maka soal individu kita kena ketepikan. Ini ujian yang dilalui oleh banyak pihak.

“Tapi kalau kita hanya berpura-pura kononnya kita setia kepada parti...cuma kita benci kepada perdana menteri, apakah maksudnya?,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Umno , PRU-14 , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan