15 Pemancing Ditemui Selamat

Diterbitkan: Ahad, 21 Februari 2016 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: 15 pemancing yang dilaporkan hilang apabila bot yang dinaiki mereka karam kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Payar pada petang Sabtu berjaya ditemui.

Kesemua mangsa berjaya ditemui sekumpulan nelayan kira-kira pukul 2.30 petang Ahad kira-kira 18 batu nautika dari lokasi mereka dilaporkan hilang.

Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata nelayan dan sekumpulan pemancing itu dalam perjalanan ke Kuala Kedah dan dijangka tiba lewat petang Ahad.

Menurut laporan, APMM menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.41 malam Sabtu mengenai sebuah bot telah karam.

Sebuah bot pengawal agensi itu, Pengawal 41, telah pergi ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima laporan kejadian itu kira-kira pukul 10.45 malam.

Sebuah lagi bot APMM, dua buah bot dari Pasukan Polis Marin dan beberapa buah bot nelayan turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat selepas bot dan mangsa kejadian itu pada pagi Ahad.


Tags / Kata Kunci: APMM , pemancing , Pulau Payar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan