WSJ Jadi Perantara Kempen Anti Najib - Rahman Dahlan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 8:40 AM

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akhbar 'The Wall Street Journal' (WSJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat terus menjadi alat perantaraan kempen anti-Najib, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Walaupun dibuktikan tidak benar sebelum ini dan sekali lagi ia melancarkan satu lagi serangan yang penuh dengan ketidaktepatan," katanya ketika mengulas dakwaan terbaru WSJ terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung wang RM2.6 bilion dilaporkan disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Dalam kenyataan di sini pada Jumaat, Abdul Rahman berkata:"WSJ mendakwa pegawai-pegawai Arab Saudi - yang tidak dinamakan - telah berkata bahawa menteri-menteri kewangan dan luar negara itu tidak mempunyai pengetahuan mengenai derma dalam akaun perdana menteri.

"Namun pada hakikatnya, Menteri Luar Arab Saudi sendiri secara terbuka berkata bahawa dana dihantar kepada perdana menteri dari Arab Saudi - seperti disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali susulan siasatan menyeluruh.

"Siapa yang patut kami percaya - Menteri Luar Arab Saudi atau pegawai-pegawai tanpa nama...seperti hampir setiap sumber lain dipetik oleh WSJ, sama ada tiada nama dan tidak diketahui. Bagaimana kita tahu orang-orang ini wujud?," tanya beliau.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, tidak syak bahawa WSJ akan terus membuat tuduhan palsu dan beliau yakin bahawa rakyat akan melihat pembohongan mereka itu.

Menurutnya kempen anti-Najib bermotifkan politik itu gagal tahun lepas dan ia tidak akan berjaya sekarang.


Awal Jumaat, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengulangi dalam kenyataan bahawa ia tidak sama sekali menyalurkan sebarang dana ke dalam akaun perdana menteri.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan