Wan Junaidi Dilantik Komisioner Kehormat Jabatan Penjara

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 6:06 PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi menyematkan lencana pangkat kehormat Pesuruhjaya Penjara Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-226 di Padang Merdeka, Sabtu. Turut hadir Komisioner Jeneral Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar (kanan). Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini dilantik sebagai komisioner kehormat Jabatan Penjara Malaysia.

Beliau menerima lambang pangkat itu daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Menteri Dalam Negeri, pada majlis sambutan Hari Penjara Kebangsaan ke-226 di sini.

Wan Junaidi diberi pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangannya dalam membangunkan jabatan berkenaan dari segi pemulihan banduan ketika beliau menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Turut diberi penghormatan ialah Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri Datuk Fatimah Abdullah dan pengerusi Persatuan Orang Kota Baru (OKB) Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamad, yang masing-masing dilantik sebagai penolong kanan komisioner.

Pada majlis sama, 10 pegawai penjara dari seluruh negara dinaikkan pangkat sebagai Penguasa Penjara. Mereka menerima lambang pangkat masing-masing daripada Ahmad Zahid dan Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar. -Bernama

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan