Ustaz Kazim Makin Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 1:36 PM

Ustaz Kazim kini semakin pulis selepas dirawat di CCU HUSM selepas mengadu sakit dada ketika berceramah di Kelantan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada pada Jumaat malam kini semakin pulih.

Menerusi posting terbaharu di laman media sosial Facebook miliknya, pendakwah kelahiran Perak itu perlu banyak berehat.

"Alhamdulillah, keadaan Datuk semakin pulih. Menurut doktor Datuk mememerlukan banyak rehat dan pemantauan 24/7," demikian posting pada pagi Sabtu.

Posting sama turut diingatkan kepada semua pihak supaya memberi kerjasama untuk membenarkan penceramah bebas itu berehat dengan sepenuhnya.

Mohamad Kazim kini ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) HUSM kerana dilaporkan mengalami masalah pada otot di bahagian jantungnya.

Sementara itu, Pegawai Khasnya, Rafi Rahman dipetik berkata, Mohamad Kazim sudah sedar dan boleh bercakap dengan jelas, tetapi masih dalam keadaan keletihan.

Dalam kejadian malam tadi, Mohamad Kazim hanya sempat menyampaikan ceramah kira-kira lima minit di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok sebelum dikejarkan ke HUSM.

Mohamad Kazim yang menjayakan ceramah anjuran Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) kira-kira jam 9.30 malam itu mengadu penat dan sakit dada. Beliau dibawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM.


Tags / Kata Kunci: Kazim Elias , HUSM , Sri Gunong , Kada

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan