TPM Bidas Kritikan Bekas Pemimpin Terhadap Usaha Kerajaan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 12:55 PM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada majlis perasmian penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri (KDN) Sarawak, Sabtu. Turut hadir Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Tan Sri James Jemus Masing (kiri).

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas sikap sesetengah bekas pemimpin kerajaan yang menuduh kerajaan tidak tetap dengan pendirian apabila membuat sesuatu perubahan dasar selepas mendengar suara desakan rakyat.

Katanya pemimpin atau tokoh-tokoh ini juga semasa memiliki kuasa dalam kerajaan turut sensitif terhadap desakan ramai dan bertindak membuat perubahan serta pembaharuan bagi memenuhinya, namun apabila kerajaan sekarang melakukannya, mereka sebaliknya menuduh kerajaan sebagai tidak tetap pendirian.

Katanya ada juga mereka yang semasa memegang jawatan dan kuasa dalam kerajaan, tidak melakukan apa-apa perubahan, tetapi apabila sudah tiada lagi jawatan, mereka terus membidas segala usaha gigih kerajaan.

"Orang ini adalah orang 'gila talak', apabila ada jawatan tidak mahu buat, bila hilang jawatan dan nakkan jawatan, barulah kata kerajaan tidak betul...padahal semasa mereka ada jawatan dulu, ia adalah disebabkan oleh sokongan pegawai-pegawai dan kakitangan akar umbi," katanya semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sebuah hotel di sini, Sabtu.

"Tokoh itu ingat dialah yang terpandai, dia yang terbaik, terbagus, sampai begitu. Zaman dia sudah berlalu, tolong hormat kepimpinan sekarang, pegawai-pegawai yang ada sekarang," katanya, dan menambah bahawa kenyataan itu tidak merujuk kepada individu tertentu.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata dasar terbuka kerajaan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak kini menyebabkan Perdana Menteri dihujani dengan "peluru-peluru" kritikan yang pelbagai.

Beliau berkata zaman kerajaan tahu semua perkara, atau betul dalam semua tindakannya sudah berlalu; dan kepimpinan sekarang bukan sahaja lebih prihatin dalam mendengar segala keperluan ramai, malah sentiasa berusaha mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Beliau yang memuji media 'konvensional' yang melaporkan setiap fakta yang tepat atas platform yang jelas, turut membidas "wartawan" yang tiada platform sebenar, yang menulis mengikut 'suka hati' di media-media sosial.

Menurutnya mereka ini melakukan analisis dengan niat tersendiri, melakukan perancangan media, membuat fitnah, berusaha mencipta suatu imej yang amat negatif terhadap kerajan, semata-mata untuk melakukan tindakan mencemarkan reputasi.

"Mereka mahu gambarkan bahawa setiap tindakan kerajaan itu sentiasa tidak betul. Ini tidak adil," katanya dan menambah mereka tidak seharusnya melihat yang negatif sahaja, sedangkan segala tindakan positif kerajaan diketepikan begitu sahaja.

Ahmad Zahid juga menasihatkan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri supaya terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan ikhlas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai.

Beliau berkata bagi orang ramai menyedari kebaikan yang dilakukan memang amat sukar sekali, namun jika segala tindakan dilakukan dengan ikhlas dan berniat baik, kejayaan akan tetap tercapai.-- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan