Pekerja Tempatan Antara Syarat Baharu Lesen Laut Dalam

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 8:51 PM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Penggunaan tenaga pekerja tempatan adalah antara syarat baharu yang akan diambil kira sebelum lesen perikanan laut dalam diluluskan selepas ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata syarat itu dikenakan supaya ia tidak diberi secara sangat mudah hingga boleh merugikan negara.

Katanya antara kriteria yang perlu dipatuhi pengusaha untuk memperbaharui lesen mereka selepas ini adalah penggunaan bot yang sesuai manakala tekong dan kru (awak-awak) pula terdiri daripada pekerja tempatan.

"Saya sudah bincang dengan Jabatan Perikanan supaya jangan mudah beri sebarang lesen baharu kepada pengusaha sekiranya ada yang tak penuhi kriteria ditetapkan ini.

"Ia juga bagi mengelak wujudnya pengusaha tidak bertanggungjawab yang bertindak beri lesen itu untuk diguna orang lain (nelayan asing) dan kemungkinan ikan tidak didaratkan dalam negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program melepaskan 3,000 ekor anak ikan di Kemaman Waterfront, disini pada Sabtu.

Program itu adalah antara aktiviti promosi awal Karnival Transformasi Orang Muda (TOM) Kemaman 2016 yang bakal berlangsung dari 17 hingga 19 Mac depan bertujuan menggalakkan belia agar terlibat dengan industri perikanan sebagai sumber pendapatan mereka.

Mengenai keputusan kerajaan untuk menangguhkan kemasukan semua pekerja asingke negara ini, termasuk pengambilan pekerja Bangladesh, Ahmad Shabery berkata ia adalah peluang terbaik untuk pekerja tempatan menceburi bidang perikanan terutama industri laut dalam.

"Sebelum ini, pekerja asing diambil untuk bekerja sebagai tekong dan awak-awak kerana mereka sanggup berada di laut selama berminggu-minggu atau berbulan-bulan dengan kemahiran tertentu.

"Namun, kekosongan ini nanti perlu diisi oleh pekerja tempatan dan mereka perlu memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam industri ini," katanya.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan